Sultan Azlan Shah Cup: Malaysia vs Pakistan (Live Streaming)
UltraSukan
Edited By FZ
Advertisements

Aksi pembukaan Sultan Azlan Shah Cup 2024 membabitkan tuan rumah, Malaysia dan Pakistan dijangka mencuri tumpuan peminat hoki negara.

Ini kerana Malaysia merupakan juara bertahan kejohanan selepas muncul juara pada edisi 2022. The Speedy Tigers muncul juara selepas menewaskan pasukan gergasi Asia, Korea Selatan di pentas final.

Sementara Pakistan pula berstatus pasukan gergasi Asia dan bukan sekali menyekat cita-cita Malaysia di pentas antarabangsa.

Advertisements

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu pada Januari lalu untuk aksi kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Valencia, Sepanyol.

Perlawanan tersebut menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 3-3. Keputusan itu turut memusnahkan harapan Malaysia untuk layak ke Sukan Olimpik buat kali pertama sejak edisi 2000.

Advertisements

Pakistan turut memiliki rekod baik dalam sejarah Sultan Azlan Shah Cup. Ini kerana The Green Shirts pernah bergelar juara untuk edisi 1996, 2010 dan 2019.

Malaysia turun di bawah sentuhan jurulatih baru, Sarjit Singh menggantikan pengendali sebelumnya, Arul Selvaraj. Sementara Pakistan pula menerima sentuhan jurulatih Belanda, Roelant Oltmans sebagai jurulatih baru pasukan selepas dilantik pada bulan lepas.

Advertisements

Kesebelasan Utama Malaysia vs Pakistan

Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan bermula.

Info Siaran Langsung Malaysia vs Pakistan

Tarikh: 4 Mei 2024 (Sabtu)
Masa: 8:30 Malam
Venue: Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.
Siaran Langsung: Astro Arena

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram