Ads
Sultan Selangor Sokong Keputusan Selangor Tarik Diri
Liga Super
Selangor Royal Office

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan dan sokongan kepada Selangor FC menarik diri daripada menyertai aksi Piala Sumbangsih musim 2023/24.

Advertisements

Sebelum ini, Selangor bakal bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) untuk aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada Jumaat ini.

Advertisements

Kebimbangan terhadap tahap keselamatan kedua-dua pasukan mula timbul selepas pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali baru-baru ini.

Advertisements
Advertisements

Ini disusuli dengan insiden cermin kereta belakang milik jeneral tengah Harimau Selatan, Safiq Rahim dipecahkan semalam.

Situasi ini mendorong pengurusan Merah Kuning telah membuat permohonan kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk menunda aksi Piala Sumbangsih pada 7 Mei lalu atas faktor keselamatan.

Advertisements

Walau bagaimanapun, permohonan tersebut ditolak MFL selepas mendapat jaminan keselamatan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Susulan itu, perlawanan Piala Sumbangsih akan tetap diteruskan seperti biasa.

Hal ini mendorong pengurusan Selangor untuk menarik diri daripada menyertai aksi Piala Sumbangsih musim 2023/24 – satu keputusan yang mendapat sokongan penuh daripada baginda.

“Selaku penaung Selangor FC, Baginda berpandangan, susulan berlakunya beberapa insiden mengancam nyawa yang melibatkan pemain dan pegawai baru-baru ini, adalah bertepatan untuk pasukan Selangor FC tidak menyertai perlawanan berkenaan yang juga merupakan aksi pertama Liga Super edisi 2024.

“Baginda bertitah, keutamaan ketika ini adalah nyawa serta keselamatan para pemain, dan bukannya untuk memenangi piala berkenaan.

“Titah baginda lagi, bukan sahaja isu keselamatan, keadaan moral pasukan yang masih terganggu dan terkesan dengan insiden simbah asid yang melibatkan pemain sayap, Faisal Halim, juga harus diambil kira,” titahnya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Selangor Royal Office.

Sultan Sharafuddin turut menyatakan rasa kecewa kepada MFL kerana menolak permohonan Merah Kuning untuk menangguhkan perlawanan tersebut.

Atas sebab itu, baginda juga memaklumkan bahawa Selangor bersedia menerima sebarang bentuk hukuman atas keputusan yang diambil.

“Baginda mahu semua pihak memahami bahawa tahap keseriusan insiden yang melibatkan nyawa pemain sebegini adalah tidak sama dengan kes-kes sebelum ini, apatah lagi ia berlaku sangat hampir dengan tarikh perlawanan.

“Baginda turut menegaskan bahawa Selangor FC sedia berdepan dengan apa jua tindakan, susulan daripada keputusan untuk tidak hadir ke perlawanan ini,” tambahnya.

Advertisements

Keputusan ini menyaksikan JDT mendapat kemenangan percuma 3-0 untuk aksi pertama Liga Super dan menjulang trofi Piala Sumbangsih.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram