Syafiq Ahmad Bakal Tinggalkan JDT?
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Masa depan penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad sekali lagi menjadi tanda tanya peminat bola sepak tanah air.

Pemain berusia 27 tahun itu kini seringkali memanaskan bangku simpanan tatkala Harimau Selatan terus mengukuhkan cengkaman Liga Super menerusi kemenangan ke-12 musim ini.

Anak jati Pulau Pinang itu bagaimanapun diberikan kesempatan untuk beraksi sebagai pemain gantian tatkala anak didik Tano Solari mencatatkan kemenangan besar 5-0 di laman sendiri.

Advertisements

Masa depan beliau bagaimanapun terus kabur setelah satu ciapan yang dimuat naik oleh penganalisis bebas bola sepak, Juan Budiman mengundang seribu persoalan.

Syafiq yang berjaya menjaringkan satu gol menerima pujian penyokong namun Juan seolah-olah memberi bayangan pemain itu tidak lagi kekal bersama pasukan.

Advertisements

“Too bad we (JDT) can’t keep him,” ujar Juan Budiman ringkas.

Pada musim lalu, bekas penyerang Kedah ini pulang ke pangkuan kelab asalnya itu selaku pemain pinjaman namun dipanggil semula oleh JDT pada pertengahan musim.

Advertisements

Kini, khidmat Syafiq masih lagi menjadi buruan beberapa kelab Liga Super yang ketandusan peledak berbisa dengan pengalaman luas beliau mampu memberi nilai tambah kepada pasukan.

Beliau hanya diturunkan sebanyak dua kali sebagai pemain gantian di Liga Super dengan saingan sengit barisan serangan di JDT menyukarkan ruang buatnya beraksi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram