Syafiq Ahmad Dan Stefano Lilipaly Alami Nasib Serupa
Asia
Khairul /Makanbola / StefanoLilipaly
Advertisements

Malaysia dan Indonesia baru-baru ini telah mengeluarkan senarai pemain yang akan membawa cabaran negara masing-masing di Piala Asia 2023 Qatar bulan hadapan.

Pemilihan yang dibuat oleh jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon dan jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong mencuri tumpuan ramai apabila pemain yang mempunyai nama besar turut terpilih seperti Dion Cools (Malaysia) dan Jordi Amat (Indonesia).

Nasib berbeza dialami penyerang Malaysia yang beraksi untuk Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad yang terus disisihkan daripada pemilihan oleh Kim Pan-gon bagi menghadapi saingan getir di Piala Asia kelak.

Advertisements

Syafiq mengalami musim yang kurang memberangsangkan bersama JDT musim ini apabila jarang diturunkan. Namun begitu, apabila diturunkan, Syafiq sentiasa memberikan yang terbaik dan berjaya menjaringkan gol buat JDT.

Bagi Indonesia pula, antara kejutan yang dialami para penyokong adalah ketiadaan nama pemain bintang Borneo FC, Stefano Lilipaly yang tercicir daripada senarai 29 pemain Indonesia.

Musim ini Lilipaly telah mempamerkan persembahan berkualiti bersama Borneo apabila berjaya meledak 9 jaringan serta menyumbang 11 bantuan gol dalam kesemua 29 perlawanan yang diturunkan.

Advertisements

Syafiq dan Lilipaly merupakan dua nama yang kerap didendangkan oleh para penyokong kedua-dua negara yang sememangnya mahu melihat kelibat mereka di pentas tertinggi di Asia itu.

Melalui artikel yang disiarkan di Makanbola Indonesia, Shin Tae-yong telah didesak untuk memanggil Stefano Lilipaly melalui media sosial. Namun Tae-yong lebih memilih rakan sepasukan Lilipaly di Borneo, Adam Alis.

Situasi sedikit berbeza buat Syafiq Ahmad. Peluang Syafiq untuk ke Piala Asia masih terbuka apabila nama beliau diletakkan dalam senarai bersedia. Jika terdapat kecederaan yang menimpa pemain di kem kebangsaan, kemungkinan besar nama Syafiq akan dipilih untuk ke Qatar.

Advertisements

Jurulatih sudah pasti mempunyai pilihan sendiri berdasarkan taktikal yang bakal diterapkan. Pemilihan pemain ke Piala Asia telah diteliti dengan mendalam agar dapat memberikan saingan kepada pasukan-pasukan besar Asia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram