Syafiq Ahmad Mahu ‘Bantu’ Kim Pan-gon
Harimau Malaya
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad mahu menambat semula hati ketua jurulatih, Kim Pan-gon dan menyumbang sesuatu buat Harimau Malaya.

Pemain berusia 28 tahun itu kembali mempamerkan bisanya selepas berjaya menjaringkan dua gol ketika membenam cabaran Perak FC pada peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2023.

Beliau yang dimasukkan selaku pemain gantian berjaya menghadirkan impak yang diharapkan termasuklah membentuk gandingan sempurna bersama rakan sepasukan.

Advertisements

Ketika ditemui selepas tamat perlawanan, penyerang berbisa negara itu tidak mampu menyembunyikan hasratnya untuk mewakili Malaysia semula.

“Beraksi buat Harimau Malaya penting kerana ada beberapa kejohanan penting seperti Kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia.”

Advertisements

“Tetapi itu juga terpulang kepada jurulatih sendiri untuk menilai kemampuan setiap pemain,” jelasnya kepada Astro Arena.

Beliau juga tidak menafikan cabaran hebat untuk bersaing pada posisinya di peringkat kelab namun optimis untuk terus memperagakan aksi terbaik setiap kali diberi peluang.

Advertisements

“Setiap kali jurulatih memberi peluang, saya akan lakukan sebaik mungkin.”

Syafiq sebelum ini tidak tersenarai dalam dua panggilan terakhir di China dan juga Pestabola Merdeka selain beberapa pilihan sengit di bahagian serangan menyukarkan misi pemain berbakat besar ini mendapat tempat.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram