Syafiq Ahmad Pulang Ke Pangkuan Kedah
Transfer
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Peledak berbisa pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad secara rasminya pulang ke pangkuan Kedah Darul Aman.

Pemain berusia 28 tahun itu dipinjamkan ke Sang Kenari dua musim lalu namun hanya bertahan setengah jalan.

Desas-desus mengenai kepulangan beliau ke kelab utara tanah air itu bagaimanapun terjawab menerusi satu pengumuman oleh Kedah Darul Aman hari ini.

Advertisements

Syafiq bakal menjadi antara watak yang pulang bersama Kedah selepas beberapa pemain utama juga bakal kekal bersama pasukan.

Persaingan sengit untuk mendapatkan tempat pada posisi serangan memaksa anak jati Pulau Pinang itu mencari kelab baharu.

Enam pemain ini masih mempunyai kontrak bersama skuad. Antaranya ialah Kalamullah Al-Hafiz (28), Fayadh Zulkifli (25), Wan Amirul Afiq (31), Aiman Afif (23), Hieshamudin (25) dan Kamil Akmal (25).

Advertisements

Kedah juga sedang membuat rombakan pemain dan baru sahaja mengumumkan 13 pemain termasuk pemain import rasmi meninggalkan Sang Kenari musim baharu ini.

Pemergian bekas penyerang kebangsaan itu menyaksikan beliau mengiringi dua rakan sepasukan, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid yang membawa haluan ke Terengganu.

Pada musim 2023, Syafiq hanya beraksi 65 minit secara keseluruhan tanpa meledak sebarang jaringan sungguhpun membantu JDT menjulang 4 trofi domestik.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram