Syahmi Safari Bersyukur Julang Kejuaraan Liga Super Buat Kali Pertama
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Menjulang piala merupakan satu bentuk pencapaian yang membanggakan apabila menjadi seorang pemain bola sepak profesional. Sama juga dengan apa yang dirasai oleh pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Syahmi Safari.

Syahmi hadir ke JDT pada awal musim 2022 daripada Selangor FC. Ternyata keputusan yang beliau lakukan itu adalah sesuatu yang sangat tepat apabila beliau sudah merasai beberapa kejuaraan iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA dan yang terkini Liga Super.

Semua sedia maklum bahawa JDT meneruskan konsistensi kejuaraan apabila menjulang kejuaraan Liga Super kesembilan berturut-turut. Kejuaraan tersebut merupakan kejuaraan liga yang pertama buat Syahmi Safari.

Advertisements

Syahmi berkongsi kegembiraan menjuarai Liga Super dengan penuh kesyukuran di laman Instagram milik beliau. Dalam masa yang sama, Syahmi mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim atau TMJ di atas pencapaian membanggakan itu.

“Alhamdulillah kejuaraan liga super malaysia yang pertama untuk diri ini dan yang ke-9 untuk @officialjohor . Junjung Kasih Tunku @hrhcrownprinceofjohor,” luah Syahmi.

Untuk musim pertama bersama JDT, Syahmi telah diturunkan dalam 15 perlawanan dalam kesemua pertandingan dan berjaya mencetak dua gol. Selain dua gol yang dihasilkan, beliau juga berjaya menyumbang satu bantuan gol.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram