Syahmi Safari Sah Milik JDT
Dunia
officialjohor
Advertisements

Pemain pertahanan kebangsaan, Syahmi Safari sah sertai pasukan gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim. Perkara ini diumumkan oleh kelab JDT itu dalam laman rasmi Twitternya sebentar tadi.

Pemain berusia 23 tahun ini menganggap bahawa JDT adalah sebuah pasukan yang terbesar dan akan menjadikan ianya sebagai cabaran dalam meneruskan kariernya sebagai pemain bola sepak.

“Terdapat hanya satu destinasi dalam bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim.

Advertisements

“Saya tidak mengatakan tidak kepada kelab terbesar di Malaysia. Ini adalah sebuah cabaran untuk saya melangkah ke depan dan mencapai kejayaan sebagai pemain bola sepak. kata syahmi dalam OfficialJohor.

Syahmi sebelum ini telah bersama pasukan Selangor sejak 2017 sehingga 2021. Beliau membuat penampilan dalam 80 perlawanan dan berjaya menjaringkan 11 gol bersama Selangor.

Syahmi dalam pada itu telah mempunyai pengalaman yang tinggi dalam pentas antarabangsa selepas bersama dengan skuad Harimau Malaya sejak 2013 hingga kini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram