Syahmi Safari Tak Biasa Dengan Latihan ‘Lain Macam’ JDT
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pertahanan kanan baru Johor Darul Ta’zim, Syahmi Safari yang sebelum ini menebus kontrak ketika bersama Selangor dilaporkan mengalami kecederaan hamstring semasa sesi latihan.

Menurut Pengurus JDT, Benjamin Mora, Syahmi mengalami kecederaan tersebut kerana belum benar-benar bersedia dengan corak latihan ‘keras’ pasukan Harimau Selatan tersebut di Dubai baru-baru ini.

“Bergson da Silva telah pulih dari ‘stomach infection’ yang mengakibatkannya terlepas dari perlawanan terakhir namun Hong Wan dan S. Kunanlan masih tidak dapat diturunkan kerana keracunan makanan. Syahmi Safari pula mengalami kekejangan di bahagian hamstring kerana tidak biasa dengan sesi latihan berintensiti tinggi seperti di JDT, namun beliau sudah pulih dengan baik dan akan sedia untuk beraksi sejurus selepas sesi pemulihan.” Jelas Mora di JST.

Advertisements

JDT ketika ini masih dalam jelajah Dubai di mana JDT berhadapan dengan beberapa kelab dari Eropah untuk siri perlawanan persahabatan sebagai persediaan Liga-M musim 2022.

JDT dijadualkan bertemu Rodina Moscow pada 2 Februari dan Spartak Moscow pada 5 Februari sebelum dijadulkan kembali ke Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram