Syahrian Abimanyu Tambah Keampuhan Jentera Tengah JDT
Dunia
Instagram: @officialjohor
Advertisements

Kehadiran perancang tengah JDT, Syahrian Abimanyu yang berhijrah dari kelab Madura United sebelum dipinjamkan ke Newcastle Jets kelihatan sudah mula menyesuaikan diri dengan kelab barunya iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pemain pasukan kebangsaan Indonesia ini telah pun diturunkan buat kali pertama dalam perlawanan menentang Sabah tempoh hari. Beliau dimasukkan pada minit ke-73 bagi menggantikan pemain tengah berpengalaman JDT, Safiq Rahim.

Pemain yang mesra dipanggil ‘Abi’ ini dilihat sudah mula memahami corak permainan yang diterapkan oleh Harimau Selatan. Bahkan, sepanjang tempoh kurang 20 minit di atas padang, beliau berjaya untuk melakukan 42 hantaran dengan ketepatan sebanyak 89.5 peratus. Selain itu, Abi berjaya melakukan dua ciptaan peluang buat pasukan.

Advertisements

Malah, dalam satu temubual sejurus selepas tamat perlawanan, jurulatih skuad JDT, Benjamin Mora, beliau ternyata berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh Abimanyu.

Menurut Berita Harian, Mora turut menjelaskan bahawa Syahrian juga sedang berusaha untuk kembali menemui rentak terbaiknya dan tidak mahu terburu-buru untuk menurunkan beliau.

“Sebelum ini, Syahrian bergelut untuk mendapat tahap kecergasan terbaik dan dia beraksi dengan baik pada aksi malam ini (malam tadi) malah menepati corak permainan yang dikehendaki dalam pasukan JDT,” kata Mora.

Advertisements

Tambahnya lagi, menurut kenyataan oleh The Star, jurulatih yang berasal dari Mexico itu melihat Abimanyu sebagai calon yang sesuai untuk mengisi slot di bahagian tengah JDT sambil memberikan bayangan bahawa pemain itu bakal diturunkan dengan lebih kerap selepas ini.

“Syahrian mempunyai mobiliti, kualiti dan juga visi yang bagus di atas padang. Ini memberikan kelebihan buat pasukan kami selain beliau bakal diturunkan dengan lebih kerap mulai dari sekarang.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram