Syamer Kutty Rindukan Bola Sepak
Dunia
MakanBola
JST
Advertisements

Sudah lama rasanya kita tidak dapat melihat aksi pemain tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Syamer Kutty Abba selepas kecederaan yang menimpa beliau dan menjalani pembedahan di Barcelona pada bulan Julai yang lalu.

Untuk rekod, kali terakhir kelibat Syamer kelihatan di atas padang adalah pada perlawanan terakhir Kelayakan Piala Asia 2023 menentang Bangladesh iaitu pada 14 Jun. Selepas itu tiada lagi aksi Syamer kelihatan bersama skuad kebangsaan mahu pun bersama JDT.

Advertisements

Baru-baru ini Syamer telah meluahkan perasaannya dalam satu ciapan di laman twitter milik beliau. Ciapan tersebut memberi bayangan bahawa beliau sangat merindui aksi bola sepak dengan meletakkan satu gambar berserta ayat seperti menggambarkan apa yang berlaku ke atas dirinya.

“Apabila anda ditimpa kecederaan anda terpaksa duduk dan menonton perlawanan. Itu yang akan membunuh dari dalam.

Advertisements

Musim 2022 bukanlah satu musim yang baik buat Syamer di JDT apabila beliau hanya sempat beraksi tiga kali saja sepanjang musim dalam kesemua pertandingan. Beliau hanya mengumpul 165 minit permainan dengan sekali sahaja beraksi penuh 90 minit.

Advertisements

News Comments Account