Advertising
Syamer Kutty Tetapkan Sasaran Peribadi Bersama Penang
MakanBola
Penang FC

Pemain pinjaman Penang FC, Syamer Kutty Abba ternyata punyai sasaran peribadi selepas dipinjamkan dari kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi saingan Liga Malaysia 2024/25.

Syamer yang juga pemain skuad kebangsaan mahu mengejar minit permainan bersama Penang dan dalam masa yang sama mahu menyumbang sesuatu buat kelab baharunya itu.

Ad

“Saya tak ambil masa yang lama untuk sesuaikan diri bersama Penang. Saya cuba sehabis baik di sini untuk memajukan diri hari demi hari. Dapatkan minit permainan, jadi lebih matang dalam permainan dan menyumbang sesuatu buat pasukan Penang,” ujar Syamer seperti yang dikongsikan MFL.

Ad

Ketika ditanyakan mengenai penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) bagi saingan Liga Super musim ini, Symaer berpendapat penggunaan VAR ada kebaikan dan keburukannya.

Namun begitu, Syamer optimis dengan penggunaan VAR kerana ianya dapat membantu pengadil perlawanan dalam membuat keptusan terbaik bagi setiap perlawanan.

Ad

Penang bakal memulakan saingan Liga Super 2024/25 dengan bertemu Sabah FC pada 12 Mei ini di Stadium Likas sebelum melayan kunjungan Terengganu FC di Stadium Bandaraya yang dijadualkan pada 19 Mei.

Ad