Syihan Hazmi Hargai Sokongan Padu Di Sabah
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi menzahirkan rasa syukur dapat membantu JDT meraih kemenangan ke-19 dalam kempen Liga Super 2023.

Dalam satu temu bual Syihan Hazmi bersama hos Bola Mania, Addnan Sarippuddin, Syihan menzahirkan rasa syukur untuk kemenangan kem Harimau Selatan keatas Sabah.

Beliau akan memastikan beberapa kelemahan serta kekurangan pasukan akan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Advertisements

“Cabaran Syihan tak boleh nak kata, cuma Syihan syukur sangat-sangat atas kemenangan malam ini dan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor. Apa yang kurang, kita akan perbaiki semasa latihan dan dalam perlawanan akan datang.”

Syihan dalam pada itu sempat titipkan pesanan buat peminat-peminat di Sabah dan berterima kasih kepada semua peminat bola sepak tanah air yang sentiasa menyokong kariernya.

“Kepada peminat-peminat Syihan yang berada di Sabah, Syihan nak ucap terima kasih banyak-banyak sentiasa sokong Syihan. Dimana pun anda berada, teruskan sokongan. Terima kasih banyak-banyak, ujar Syihan.”

Advertisements

Dalam kemenangan JDT menentang Sabah pada semalam, Syihan Hazmi hanya dibolosi satu gol menerusi ledakan pemain sayap Sabah, Jafri Firdaus Chew. Jaringan pembukaan perlawanan itu bagaimanapun tidak cukup untuk memacu Sabah meraih tiga mata.

JDT bangkit menerusi jaringan Juan Muniz, Bergson Da Silva dan Heberty Fenandes untuk kemenangan bergaya diraih anak buah Tano Solari di Stadium Likas dengan keputusan 5-1.

Untuk rekod, Syihan Hazmi cemerlang mencatat 15 cleansheet selepas menempuhi 19 aksi dalam kempen Liga Super 2023. Beliau menjadi penjaga gol paling kurang dibolosi untuk musim ini.

Advertisements

JDT bakal meneruskan aksi Liga Super berdepan Perak pada Ahad, 13 Ogos 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram