Advertisement
Syihan Hazmi Dedah Persiapan Malaysia Sebenarnya Bermula Dari Bilik Persalinan
Harimau Malaya
MakanBola
Haziq/MakanBola

Penjaga gol kebangaaan, Ahmad Syihan Hazmi berbangga melihat prestasi semasa yang ditampilkan rakan sepasukan di kem kebangsaan. 

Selepas menundukkan pasukan India, 4-2 dalam aksi separuh akhir Pesta Bola Merdeka tempoh hari, Syihan bersyukur mampu membawa Malaysia ke pentas final.

Penjaga gol Johor Darul Ta’zim itu akui persiapan rapi yang dilakukan Harimau Malaya merupakan kunci utama skuad kendalian Kim Pan-gon beraksi cemerlang di dalam padang. 

“Alhamdulilah rezeki malam ini. Bukan setakat pertahanan, tapi keseluruhan pemain dalam dan luar padang semua beri 100 peratus. Dari bilik persalinan hingga ke dalam padang semua beri sepenuh fokus.” 

Beliau dapat pada itu enggan berasa selesa dengan kedudukan di posisinya sebaliknya mahu memperbaiki setiap kelemahan dan kekurangan.

Syihan turut melihat kejohanan ini menjadi medan terbaik dan ujian buat Harimau Malaya sebelum beraksi di pentas Piala Asia 2024 kelak.

“Syihan letak kepada diri Syihan, banyak perlu diperbaiki sebab kita bukan hanya di Pesta Bola Merdeka, kita perlu juga fokus kepada yang lebih besar iaitu Piala Asia,” ujar Syihan kepada Astro Arena.

Malaysia bakal berdepan Tajikistan pada esok, 17 Oktober 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Aksi final Pesta Bola Merdeka itu bakal bermula tepat jam 9 malam.