Syihan Hazmi Sah Tinggalkan Negeri Sembilan
Dunia
Johor Southern Tigers / NSFC
Advertisements

Penjaga gawang kebangsaan dan Negeri Sembilan, Ahmad Syihan Hazmi secara rasmi diumumkan meninggalkan Negeri Sembilan dan bakal menyertai salah satu pasukan Liga Super.

Negeri Sembilan menerusi satu hantaran di media sosial merakamkan penghargaan kepada penjaga gol berkenaan dan berterima kasih atas segala jasa beliau selama ini.

“Terima kasih Syihan. Negeri Sembilan FC ingin merakamkan penghargaan kepada penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi atas khidmat dan bakti beliau sepanjang bersama pasukan Negeri Sembilan FC.” Dipetik dari laman Twitter Negeri Sembilan.

Advertisements

Penjaga gawang berusia 26 tahun kelahiran Kelantan ini disebut bakal menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) sekaligus beraksi di Asia untuk musim 2023.

Beliau sebelum ini cemerlang beraksi bersama skuad Negeri Sembilan dan Harimau Malaya.

Graduan Sekolah Sukan Bukit Jalil ini sebelum ini pernah beraksi bersama skuad kebangsaan ketika umurnya 17 tahun di bawah kepimpinan K. Rajagobal ketika menentang Palestin.

Advertisements

Bersama skuad kebangsaan di bawah kendalian Kim Pan-gon, Syihan Hazmi membuat 3 penampilan dan berjaya mempamerkan aksi cemerlang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram