“Tahap Kelab Di Vietnam Berbeza Dengan Pasukan Kebangsaan” – Ong Kim Swee
Asia Tenggara
Sabah FC
Advertisements

Ketua jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee menanggap tahap persaingan kelab di Liga Vietnam adalah berbeza dengan pasukan kebangsaan Vietnam.

Ketika sesi sidang media pra perlawanan, pengendali Sabah ini akui Vietnam memiliki sebuah skuad kebangsaan yang mantap dan menjadi negara yang berada di ranking FIFA tertinggi dalam kalangan negara di Asia Tenggara.

Beliau bagaimanapun berpendapat tahap persaingan sesebuah kelab dengan pasukan kebangsaan adalah berbeza. Ong Kim Swee optimis anak buahnya dalam persiapan terbaik untuk bertemu wakil dari Vietnam, Hai Phong pada esok.

Advertisements

“Ia adalah dua perkara berbeza tentang pertandingan pasukan kebangsaan dan kelab. Dalam pasukan kebangsaan, anda hanya menyediakan pasukan anda mengikut kalender FIFA beberapa hari dan anda bermain. Kita tahu, pasukan kebangsaan Vietnam menunjukkan peningkatan yang baik dan saya boleh katakan mereka adalah negara ASEAN teratas di Asia pada masa ini.”

“Tetapi dalam persaingan kelab, ia sama sekali berbeza kerana di kelab, kita memiliki pemain import dan pemain kebangsaan dalam sebuah pasukan. Jadi saya percaya persaingan dalam kelab dan pasukan kebangsaan Vietnam adalah perkara yang berbeza.”

Advertisements

Ong Kim Swee dalam pada itu menyambut baik penganjuran kejohanan Piala AFC ini yang mana ia bakal memberi pendedahan kepada pemain-pemain bersaing dengan pasukan-pasukan hebat di Asia.

“Walau bagaimanapun, ada baiknya kita bersaing sesama sendiri bukan sahaja di peringkat kelab, tetapi di peringkat kebangsaan,” ujar Ong Kim Swee.

Advertisements

Sabah bakal berdepan cabaran pasukan Hai Phong pada esok di Stadium Lach Tray, Vietnam. Aksi ketiga buat Sabah di pentas Piala AFC 2023 ini bakal berlangsung tepat jam 6 petang.

Sabah kini menghuni tangga teratas dalam saingan Kumpulan H setelah mengumpul enam mata selepas dua perlawanan sementara Hai Phong berada di kedudukan ketiga apabila mencatat satu kemenangan dan satu kekalahan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram