“Tahun Baru, Agenda Baru” – TMJ
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemilik Johor Darul Ta’zim, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengingatkan kepada penyokong bahawa JDT akan sentiasa mempunyai agenda baru setiap tahun.

“Ingat. Tahun baru, agenda baru, dan projek-projek baru. Saya nak penyokong JDT imbas semula permulaan dan perjalanan kelab kami. Sudah pelbagai kejayaan, pembangunan dan sejarah yang tercipta.

“Semua yang kami lakukan semenjak 2013 daripada video di media sosial, strategi komersil, pembangunan bola sepak, insfrastruktur dan lain-lain baru diikuti mulai tiga atau empat tahun lepas hingga ke hari ini. Malah cara kami meraikan kejayaan kelab kami setiap tahun adalah luar biasa.

Advertisements

“Hanya orang yang tidak berakal sahaja yang menafikan dan tidak boleh menerima fakta iaitu kami adalah peneraju bola sepak tanah air. Pada era yang baharu ini, pendekatan kami lain. Di dalam dan di luar padang. ‘No more story line’.

“Semua benda yang kami akan lakukan dengan pendekatan lebih ‘short, sharp, simple, and class’ tahun ini adalah tahun di mana kami akan ‘Elevate the game’. Coming soon… Enjoy!” jelas TMJ dipetik dari media sosial JDT.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram