Taiki Kagayama Padam Rekod Cemerlang JDT
Dunia
JST
Advertisements

Walaupun gagal membawa pasukan Sabah FC ke pentas akhir Piala Malaysia 2022, namun pemain import Sabah, Taiki Kagayama kini menjadi satu-satunya pemain yang berjaya membolosi gawang Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk kempen Piala Malaysia.

Dengan majoriti pemain yang diturunkan Sabah merupakan pemain simpanan dan pemain muda, Taiki menunjukkan permainan berkualiti dan seharusnya beliau boleh dijadikan contoh terbaik buat pemain-pemain muda Sabah yang diturunkan semalam.

Gol Taiki yang dijaringkan pada minit ke-47 itu merupakan jaringan kedua beliau bagi Piala Malaysia. Gol tersebut terhasil selepas pemain dari Jepun itu memulakan gerak serangan dari sayap kiri sebelum melakukan hantaran kepada rakan sepasukan.

Advertisements

Satu rembatan telah dilepaskan oleh Park Tae-su namun tidak dapat ditangkap kemas Farizal Marlias yang membolehkan Taiki menyambar peluang terhidang untuk merapatkan kedudukan kepada 2-1 pada ketika itu.

Walaupun JDT berjaya mara ke final, namun jaringan daripada Taiki sedikit sebanyak mencalarkan rekod kebal JDT dalam kempen Piala Malaysia musim ini. Pada perlawanan akhir nanti, JDT akan bertemu sama ada Selangor FC ataupun Terengganu FC yang akan berentap dalam satu lagi aksi separuh akhir malam ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram