Tak Jadi Ke JDT, Papu Gomez Ke Itali
Transfer
Hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Walaupun ada khabar angin yang mengaitkan pemin antarabangsa Argentina, Papu Gomez ke Johor Darul Ta’zim (JDT) namun sebentar tadi, pemain berusia 35 tahun disahkan sertai kelab Serie A Itali, Monza.

Difahamkan, Gomez menyertai Monza dengan kontrak setahun. Perpindahan itu telah disahkan oleh wartawan bola sepak terkenal dunia, Fabrizio Romano dalam satu ciapan di aplikasi X.

Kehadiran Gomez ke Monza sudah pasti bertujuan untuk membantu pasukan itu yang kini berada di tangga ke-15 carta Liga Serie A dengan hanya mengumpul 6 mata daripada 6 perlawanan yang telah diharungi.

Advertisements

Gomez bukanlah nama yang asing dalam arena bola sepak eropah dan Argentina apabila beliau adalah sebahagian daripada skuad kebangsaan Argentina yang memenangi Piala Dunia 2022 di Qatar.

Tahun lalu, telah tersebar khabar angin yang mengaitkan perpindahan Gomez ke JDT selepas tular satu foto yang memaparkan Gomez bersama pemilik JDT, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim.

Advertisements

Dengan Gomez telah sah berhijrah ke Monza, mungkin penyokong JDT sudah boleh berkira-kira melupakan untuk melihat aksi beliau di Stadium Sultan Ibrahim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram