Dunia
PJ City FC
Advertisements

Bekas bintang PJ City FC, R. Kogileswaran memberi bayangan mengenai perpindahannya ke sebuah kelab yang difahamkan terletak di Korea Selatan.

Pemain berusia 24 tahun itu merupakan antara prospek terbaik yang dimiliki oleh Malaysia dikhabarkan berjaya menambat hati sebuah kelab divisyen 2 Korea, Chungbuk Cheongju FC.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram Storynya, Kogi menyertakan gambarnya yang kini berada dalam pesawat.

Advertisements

Beliau difahamkan akan terbang dari Korea Selatan menuju ke Thailand menerusi lampiran sticker yang diletakkan pada hantaran tersebut.

Hal ini menguatkan lagi spekluasi perpindahnnya selepas kelab tersebut juga kini sedang menjalani latihan pra musim di sana.

Berita penghijrahan beliau ke Korea telah pun dilaporkan oleh dua orang wartawan negara, Zulhelmi Zainal Azam dan juga T. Avineshwaran.

Advertisements

Ini juga bakal membuka satu lembaran baharu dalam karier bola sepaknya untuk terus berkembang maju pada masa hadapan.

D205EAFA 3CE8 45A4 8C43 9DC4A56C98E2 Tak Tunggu Lama, Kogileswaran Sertai Pra-Musim Chungbuk Cheongju Di Thailand?
IG: Kogiraj21
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram