Advertisement
‘Talian Hayat’ Sri Pahang Meragukan
Liga Super
MakanBola
Sri Pahang FC

Aksi yang melibatkan pertembungan antara Sri Pahang dan juga Penang semalam mencuri tumpuan para peminat susulan keputusan yang dianggap kontroversi apabila pasukan tuan rumah memperoleh gol kemenangan menerusi sepakan penalti.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur itu menyaksikan anak didik Fandi Ahmad memperoleh jaringan tunggal menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh penyerang berbisa pasukan, Kpah Sherman.

Keputusan tersebut bagaimanapun menimbulkan pelbagai tanda tanya tatkala cabaran yang diberikan dianggap tidak terlalu keras.

Menerusi klik yang dikongsikan di media sosial, halangan yang dilakukan oleh pertahanan Penang, Rafael Victor namun oa tepat ke arah bola sebelum Kpah merebahkan badan.

Ia jelas menimbulkan rasa kurang senang pemain The Phanters yang kecewa dengan keputusan penalti tersebut.

Kemenangan tersebut menyaksikan Sri Pahang terus kebal mengekalkan rekod tanpa kalah dan gah berada pada tangga ke-3 Liga Super.

Klip video penalti: Sri Pahang vs Penang