Tampil Penuh Drama, Afghanistan Akhirnya Diikat Indonesia
Futsal
UltraSukan
Timnas Indonesia
Advertisements

Skuad futsal Indonesia turun pada aksi kedua kempen Kelayakan Futsal Asia 2024 yang berlangsung di Arab Saudi hari ini.

Berjaya memberi tentangan sengit, anak buah kendalian Marcos Sorato akhirnya menghampakan Afghanistan untuk mengutip tiga mata pada babak akhir permainan.

Advertisements

Separuh masa pertama berakhir dengan Indonesia ketinggalan 5-2 kepada Afghanistan. Sungguhpun ketinggalan, pasukan Indonesia tidak mudah mengalah untuk mencetak jaringan.

Indonesia bangkit pada babak kedua, merapatkan kedudukan sedikit demi sedikit hingga akhirnya berjaya mengikat Afghanistan, 7-7.

Advertisements

Keputusan seri ini memastikan skuad Garuda kini mengumpul empat mata selepas menang kepada Macau pada aksi pertama kelmarin.

Advertisements

Aksi seterusnya menyaksikan pasukan Indonesia bakal berdepan tuan rumah, Arab Saudi sementara Afghanistan akan berdepan pasukan Macau pada Rabu 11 Oktober 2023.

News Comments Account