Advertisement
Tan Bin Shen Berkelana Ke Hong Kong Demi Karier
UltraSukan
UltraSukan
BA Malaysia

Jurulatih beregu lelaki negara, Tan Bin Shen melihat peluang kejurulatihan di luar negara sebagai satu peluang yang tidak boleh dilepaskan.

Perkara ini dinyatakan sendiri beliau apabila ditanya tentang tugas kejurulatihan barunya bersama Hong Kong selepas meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Pada akhir Disember 2024, BAM mengumumkan Bin Shen akan meninggalkan tugasnya sebagai jurulatih beregu lelaki negara.

Ini menjadikan saingan Malaysia Open 2025 sebagai tugasan terakhirnya sebelum berhijrah ke Hong Kong.

Meskipun mengakui ini bukan satu keputusan mudah, Bin Shen melihat tawaran kejurulatihan di Hong Kong mampu menambah pengalaman dan pengetahuannya sebagai jurulatih.

“Saya selalu mahu meluaskan perspektif saya ke peringkat antarabangsa. Empat tahun bersama BAM memberi saya peluang menjadi jurulatih pada peringkat tertinggi,” katanya selepas aksi separuh akhir Malaysia Open 2025.

“Kini, saya teruja untuk meneroka falsafah kejurulatihan dan suasana kerja yang berbeza. Setiap pemain membawa perwatakan unik tersendiri dan saya mahu belajar bagaimana beradaptasi dengan gaya-gaya ini.”

Bin Shen dijangka memulakan tugas secara rasmi di Hong Kong pada Februari ini,