Ads
Tan Boon Heong Jadi Mangsa Penipuan RM2.5 Juta
UltraSukan
Tan Boon Heong

Bekas pemain badminton Malaysia, Tan Boon Heong mendedahkan beliau pernah menjadi mangsa penipuan dan mengalami kerugian sebanyak RM2.5 juta.

Advertisements

Perkara ini didedahkan sendiri bekas pemain beregu lelaki nombor satu dunia itu menerusi beberapa hantaran di Facebook hari ini.

Advertisements

Boon Heong tergerak untuk berkongsi pengalaman pahitnya itu selepas mendapat berita pemain badminton kebangsaan, Lai Pei Jing menjadi mangsa sindiket penipuan hari ini.

Advertisements
Advertisements

“Ternampak rakan pemain badminton ditipu mengingatkan saya bila saya ditipu juga. Setiap penipuan yang anda terpedaya itu akan mengajar anda sesuatu.

“Itulah kehidupan – anda tak boleh mengelak lencongan. Semua orang perlu melaluinya sekurang-kurangnya sekali.

Advertisements

“Ingatlah, meletakkan duit hasil titik peluh anda ke tangan orang lain dan mengharapkan ia dipulangkan tidak akan berlaku. Saya cadangkan anda fokus apa yang anda boleh kawal. Jika anda tidak boleh kawalnya, jangan terlibat (dengan apa-apa skim yang dicanang),” katanya.

Bekas pemenang pingat emas Sukan Asia 2006 itu kemudiannya mendedahkan beliau ditipu sebanyak dua kali dengan nilai kerugian sebanyak RM2.5 juta.

Boon Heong turut memaklumkan beliau berkongsi pengalaman ini bagi membantu orang lain terutama atlet profesional agar tidak mengalami perkara sama yang pernah menimpanya.

“Saya pernah ditipu sebanyak dua kali, sekali sebanyak AS$500,000 (RM2.3 juta) dan sekali lagi untuk RM160,000. Jika anda nak melabur, anda patut jadi jurubank dan bukannya pemain.

“Saya tak tahu berapa kerugian yang dialami rakan pemain badminton atau maklumat tentang penipuan tersebut. Tujuan saya berkongsi secara langsung ialah mengingatkan semua orang agar lebih berhati-hati bila melabur,” tambahnya.

Advertisements

Semasa aktif sebagai pemain, Boon Heong pernah bergelar beregu lelaki nombor satu dunia bersama Koo Kien Kiat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram