Advertising
Tan Boon Heong Tak Berminat Jadi Jurulatih
UltraSukan
Tan Boon Heong
Sponsors

Bekas pemain beregu nombor satu dunia, Tan Boon Heong mendedahkan beliau tidak berminat menjadi jurulatih.

Perkara ini dikongsikan beliau semasa menjadi tetamu program terbitan Astro Arena, The Bang Med Show baru-baru ini.

Ad

Boon Heong memaklumkan beliau tidak memiliki keinginan untuk menjadi jurulatih. Sebaliknya, beliau ingin berkongsi pengalaman dan ilmu dalam dunia badminton menerusi platform media sosial.

Ad

“Keinginan (jadi jurulatih) itu tidak ada. Saya jadi jurulatih untuk semua pengikut saya (di media sosial).

“Lepas itu, saya boleh ajar mereka untuk menonton aksi badminton dan analisis (apa yang berlaku). Saya tiada niat jadi jurulatih,” katanya.

Ad

Boon Heong turut memaklumkan bukan mudah untuk menggalas peranan sebagai jurulatih terutama untuk kem badminton Malaysia.

Ad

Ini kerana apabila menggalas tanggungjawab tersebut, mana-mana individu yang menggalasnya perlu mendepani pelbagai aspek daripada kejurulatihan hinggalah media. Boon Heong tidak melihat dirinya berada dalam kedudukan tersebut.

Ad

“Bukan saya, memang tak senang jadi jurulatih. Nampak saja senang tapi kena hadapi banyak masalah,” tambahnya.

“Sebab kita kena fikir kerja, program (kejurulatihan), nak jaga pemain, pengurusan, wartawan dan kawan-kawan lagi. Banyak nak kena jawab.”

Sebelum ini, nama Boon Heong antara nama yang dicanang sebagai pengganti jurulatih beregu lelaki kebangsaan, Tan Bin Shen. Selain beliau, Lee Wan Wah, Koo Kien Kiat, Paulus Firman dan Flandy Limpele turut dikaitkan dengan kerusi panas tersebut.

Peranan tersebut kini digalas oleh jurulatih legenda Indonesia, Herry Iman Pierngadi.