Tan Cheng Hoe Akui Vietnam Berada Selangkah Kehadapan Berbanding Malaysia
Dunia
Instagram: @famalaysia
Advertisements

Perlawanan Piala AFF Suzuki 2020 yang menemukan Malaysia dan Vietnam ternyata menjadi perhatian para peminat bola sepak di Asia Tenggara khususnya. Lebih-lebih lagi, Malaysia memulakan kejohanan dengan langkah kanan dengan 2 kemenangan awal menewaskan Kemboja dan Laos.

Para peminat ternyata mahukan konsistensi kemenangan ini diteruskan namun sebaliknya berlaku apabila kita mudah ditewaskan Vietnam dengan jaringan 3-0.

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe ketika ditemubual selepas perlawanan menganggap pemain-pemain negara hilang konsentrasi dan mudah dibolosi selain mahu para pemain lupakan kekalahan ini.

Advertisements

“Saya selalu memberitahu kepada para pemain bahawa apabila kita hilang konsentrasi walaupun sesaat, kita pasti akan dihukum. Saya mahu pemain Malaysia lupakan kekalahan ini dan fokus kepada perlawanan terakhir menentang Indonesia,” katanya.

Selain itu, Tan Cheng Hoe menganggap persediaan pasukan Vietnam lebih rapi dan beliau akui pasukan Vietnam berada selangkah dihadapan berbanding Malaysia.

“Kami tak terkejut dengan cara permainan Vietnam kerana sudah banyak kali bertemu mereka tetapi mereka menjalani persediaan yang baik selepas melalui kempen Kelayakan Piala Dunia Pusingan Ketiga yang membuatkan mereka berada selangkah dihadapan berbanding kami.

Advertisements

“Sudah pasti ianya memberi pengajaran buat para pemain supaya bersedia untuk perlawanan seterusnya menentang Indonesia,” katanya ketika ditemubual selepas perlawanan yang dikongsi Astro Arena.

Pasukan Malaysia kini berada di tangga ke-3 kumpulan B dengan mengumpul enam mata hasil dua kemenangan dan 1 kekalahan. Malaysia berkongsi mata yang sama bersama Vietnam dan Indonesia. Malaysia bakal bertemu Indonesia dalam aksi terakhir kumpulan pada 19 Disember ini dan Malaysia wajib menang untuk layak ke separuh akhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram