Tan Cheng Hoe Bakal Tekan Butang ‘Kecemasan’ Panggil Muka Baharu
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dijangka bakal memanggil beberapa muka baharu untuk menggantikan dua pemain yang telah disahkan positif COVID-19 sebentar tadi.

Menurut satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pengurus pasukan Datuk Mohd Yusoff Mahadi, dua pemain tersebut iaitu Faisal Halim dan juga Khairul Azhan telah didapati positif dalam ujian saringan ketika masuk ke Singapura menerusi Lapangan Terbang Changi pada Jumaat lalu. Namun begitu, hasil ujian menunjukkan kesemua ahli pasukan yang lain tidak dijangkiti.

Bukan itu sahaja, Mohd Yusoff, yang juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), turut mengesahkan bahawa, pihak penganjur masih membenarkan skuad kendalian Tan Cheng Hoe menjalani latihan seperti biasa bagi perisiapan menjelang perlawanan pembukaan menentang Kemboja di Piala AFF 2020.

Advertisements

Namun begitu, Cheng Hoe dijangka bakal memanggil beberapa muka baharu disebabkan skuad negara ketika ini hanya mempunyai 21 orang pemain sahaja yang boleh beraksi pada esok hari. Ini susulan Dion Cools masih belum melaporkan diri bersama pasukan kebangsaan disebabkan belum menghabiskan tugas bersama kelabnya, FC Midtjylland di Denmark dan dijangka hanya akan menyertai skuad kebangsaan sebelum aksi terakhir kumpulan bertemu musuh tradisi, Indonesia.

‘Kita masih sedang membincangkan mengenai keputusan memanggil pemain lain menggantikan dua pemain ini, kerana terdapat satu posisi yang agak kritikal. Cheng Hoe dijangka membuat keputusan pada malam ini,’ katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Singapura.

Hal ini juga bakal membuat para peminat ternanti-nanti siapakah yang bakal dipanggil Cheng Hoe bagi membantu misi pasukan negara meraih keputusan yang positif dalam saingan kali ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram