Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Hari ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengeluarkan senarai nama 28 pemain yang dipanggil oleh pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Barisan pemain kali ini tampak berwajah baharu dengan kemunculan Darren Lok, Kogi, Shahrel dan Shahrul Saad yang kembali perkuat pasukan.

Para pemain ini akan menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Isnin, 22 November 2021 bagi persiapan menghadapi Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura kelak.

Advertisements

Terdapat 3 fasa yang dimaklumkan FAM bagi para pemain ini melapor diri. Menurut FAM,

  1. Pemain yang pasukannya sudah terkeluar daripada saingan TM Piala Malaysia 2021, sama ada peringkat kumpulan dan suku akhir akan melapor diri di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Isnin, 22 November 2021.

2. Ia kemudian bakal disusuli pemain yang pasukannya tersingkir pada peringkat separuh akhir TM Piala Malaysia 2021 untuk melapor diri pada Ahad, 28 November 2021.

3. Pemain yang pasukannya layak ke Final TM Piala Malaysia 2021 pada Selasa, 30 November 2021 akan melapor diri pada Rabu, 1 Disember 2021.

Advertisements

Tambah FAM, bagi para pemain yang kini berpangkalan di luar negara, mereka akan melapor diri selepas sahaja pelepasan diberikan oleh kelab masing-masing.

Persatuan bolasepak Malaysia (FAM) dalam pada itu memaklumkan bahawa hanya 24 pemain sahaja yang akan menyertai pasukan untuk ke Piala Suzuki AFF 2020.

Ini bermakna, akan ada beberapa pemain dalam senarai dibawah yang akan digugurkan. TCH turut menyenaraikan tiga orang pemain iaitu Kalamullah, Rodney dan Hakimi Abdullah dalam sebagai pemain bersedia.

Advertisements

Skuad Harimau Malaya dijadual berlepas ke Singapura pada Jumaat, 3 Disember 2021.

A9327387 2C64 477A 893F CF7913C36BDC Tan Cheng Hoe Bariskan Pemain Baharu Ketuai Cabaran Negara Di Piala AFF
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram