Tan Cheng Hoe Beri 2 Pesanan Penting Buat Safawi Rasid
Dunia
Safawirasid29 / tanchenghoe68
Advertisements

Bekas jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe memberikan dua nasihat penting buat tonggak pasukan kebangsaan, Safawi Rashid agar bijak menguruskan masa untuk keluarga dan kariernya sebagai pemain bola sepak.

Beliau percaya Safawi akan mendapatkan kembali sentuhan berbisanya apabila sudah berkahwin semestinya isteri akan memberikan sokongan dan semangat kepada pemain berusia 25 tahun itu.

Cheng Hoe turut mendoakan kebahagian beliau dan pasangan dan mendapatkan apa yang diimpikan dalam bidang bola sepak ini kepada Safawi.

Advertisements

“Saya doakan supaya Safawi dan pasangan hidup bahagia dan berjaya sebagai pemain bola sepak negara serta Johor Darul Ta’zim (JDT),” katanya.

“Apa yang boleh saya katakan apabila sudah berkeluarga pastinya banyak pengorbanan perlu dilakukan terutama pembahagian masa antara keluarga dan karier,” jelasnya kepada Harian Metro.

“Saya percaya, Safawi akan kembali mendapat sentuhannya menerusi sokongan daripada isteri (Syifa) sebagai pemain bola sepak.”

Advertisements

Safawi yang telah menamatkan zaman bujangnya bersama pelakon Syifa Melvin pagi semalam itu tidak dapat beraksi dalam kesebelasan utama JDT ketika perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu lepas.

Selepas ini, jadual Safawi dijangka padat kerana menyertai latihan pasukan sebagai persediaan awal Harimau Malaya bagi mengharungi Piala AFF Mitsubishi Elektrik 2022 kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram