Tan Cheng Hoe: Bukan Gol Nasib
Dunia
Selangor
Advertisements

Sedar dengan ujian berat yang bakal ditempuhi Selangor di Gong Badak kelak, Ketua Jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe tidak mahu mendabik dada dan mahu pemainnya fokus untuk perlawanan timbal balik nanti.

“Saya fikir, secara keseluruhannya prestasi kami dari para pemain, mereka begitu bekerja keras dan fokus dengan serangan lawan. Pertahanan memainkan peranan cukup penting.

“Tiga sepakan sudut kita dapat gol, itu sedikit sebanyak beri kita keyakinan,” jelas Tan Cheng Hoe.

Advertisements

Beliau juga menjelaskan pasukannya tidak memperoleh gol nasib sebaliknya berusaha keras semasa sesi latihan.

“Buat kali pertama saya merasainya, 3 sepakan sudut menghasilkan jaringan namun ia bukan datang secara nasib, kami ada buat latihan (khas) dan keyakinan Mukhairi Ajmal sangat baik. Hantarannya sangat bagus dan itu punca penyerang kami berjaya menjaringkan gol.

“Sebagai jurulatih, jaringan 3-1 bukan jaminan layak ke perlawanan akhir. Kita perlu datang ke Terengganu dengan penuh keyakinan namun tidak boleh memandang rendah kepada pihak lawan kerana bahagian serangan Terengganu cukup kental, cukup serasi jadi kombinasi mereka cukup berbahaya.

Advertisements

“Saya begitu gembira dengan prestasi setiap pemain. Dalam sesi latihan mereka begitu komited, itulah hasil kerjasama daripada barisan staf kejurulatihan, bagi para pemain mereka ada momentum yang baik.

“Dari perlawanan ke perlawanan yang lain, para pemain mula menunjukkan keserasian dengan corak permainan yang ingin diterapkan.

“Pemain muda menunjukkan usaha tinggi untuk berjaya dan itu sebablah kejayaan bukan disebabkan oleh saya. Barisan staf kejurulatihan dan pengurusan yang amat membantu.

Advertisements

“Kerjasama berpasukan sebagai satu keluarga itu sangat bagus.

Selangor bakal bertandang ke Stadium Sultan Mizan pada Isnin, 21 November ini untuk perlawanan timbal balik separuh akhir TM Piala Malaysia 2022 berbekalkan kelebihan 2 jaringan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram