Tan Cheng Hoe Jelaskan Mengapa Beliau ‘Tetap’ Pilih De Paula Sebelum Ini
Dunia
FAM
Advertisements

Dalam satu tembual bersama Astro Arena, bekas pengendali kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah tampil memberi komentar berkenaan prestasi semasa penyerang naturalisasi negara, Guilherme De Paula.

Tan Cheng Hoe memuji sikap yang ditampilkan De Paula setiap kali bersama skuad Harimau Malaya. Menurut pengendali yang berusia 53 tahun itu, De Paula adalah antara pemain yang memiliki disiplin yang cukup tinggi.

“Kalau lihat De Paula punya prestasi bersama skuad kebangsaan saya rasa dia menunjukkan komitmen dan disiplin yang tinggi. Mungkin disebabkan ekspektasi orang yang terlalu tinggi menyebabkan beliau tidak dapat beraksi dengan baik.”

Advertisements

Ketika ditanya wartawan Astro Arena, Fina Nasrom akan kerelevanan De Paula dalam skuad yang akan datang, Cheng Hoe berpendapat bahawa itu terpulang kepada pengendali yang baharu sama ada mahu menagih khidmat Paula atau tidak. Ujar Cheng Hoe, Paula telah memberi sumbangan yang besar buat negara.

“Jadi saya rasa terpulang kepada jurulatih baharu samada mahu memanggil beliau atau tidak. Sebagai jurulatih yang pernah melatih De Paula, saya rasa dia juga memberi sumbangan yang begitu besar buat skuad kebangsaan.”

Tambah TCH, De Paula hangat dikritik peminat bola sepak tempatan faktor utamanya adalah kerana beliau gagal menjaringkan gol. Namun Cheng Hoe tidak menolak kemungkinan besar De Paula akan terus dipanggil jurulatih Harimau Malaya akan datang.

Advertisements

“Tetapi disebabkan beliau tidak dapat menjaringkan gol, itu sebablah beliau sentiasa dikecam dan sentiasa dikritik ramai peminat. Jika De Paula mampu menyinar dalam liga, terpulang kepada jurulatih baharu nantilah, samada mahu memanggil De Paula atau tidak,” jelas Cheng Hoe.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram