Tan Cheng Hoe Fokus Misi Kelayakan Piala Asia
Dunia
FAM
Advertisements

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe hari ini menjelaskan bahawa terdapat beberapa perancangan buat skuad negara menghadapi siri perlawanan persahabatan sebelum bermulanya kempen kelayakan Piala Asia tahun hadapan.

Tan Cheng Hoe berkata perancangan untuk mengadakan perlawanan persahabatan ini perlu diteliti daripada penjadualan kalender FIFA. Pihak FAM dan MFL juga akan bekerjasama untuk memberi laluan buat skuad Harimau Malaya melakukan persiapan.

“Ia sebahagian daripada perancangan FAM dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) akan memberi laluan kepada pasukan kebangsaan sekiranya ada jadual FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa).”

Advertisements

Pengendali yang berusia 53 tahun itu juga berpendapat bahawa pasukannya tidak boleh menetapkan satu tempoh yang panjang untuk melakukan perlawanan persahabatan. Menurutnya apa yang penting adalah persiapan pasukan ketika proses pengumpulan pemain.

“Kami tidak boleh ambil masa yang lama untuk mengadakan perlawanan persahabatan dan perlu mengumpul pemain sebagai langkah persiapan.”

Walau bagaimanapun, Tan Cheng tetap optimis pasukan negara akan menjalani persiapan terbaik sebelum menghadapi cabaran di kelayakan Piala Asia kelak. TCH terus fokus dalam mengkaji dan meneliti prestasi-prestasi para pemain.

Advertisements

“Enam bulan akan berlalu dengan cepat dan kami perlu menyediakan pasukan terbaik untuk menghadapi kelayakan Piala Asia kelak,” kata Cheng Hoe kepada Stadium Astro.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram