Ads
Tan Cheng Hoe Hadapi Tekanan Hebat Di Thailand
Asia Tenggara
Police Tero FC

Selepas lebih kurang dua bulan berkelana Thailand, bekas jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe sudah mula merasakan bahang dan tekanan di sana.

Advertisements

Februari lalu, Tan Cheng Hoe membuat keputusan drastik dengan meninggalkan pasukan Selangor FC selepas berjaya membawa The Red Giants melayakkan diri ke saingan AFC Champions League 2 (ACL2) musim hadapan.

Advertisements

Keputusan mengejut ini dibuat oleh pengendali kelahiran Kedah ini bagi mengambil peluang untuk berkelana ke bumi Thailand dan menyertai kelab Police Tero untuk baki saingan Thai League 1 sehingga penghujung Mei.

Advertisements
Advertisements

Sepanjang mengendalikan tujuh perlawanan bersama Police Tero, jurulatih berusia 56 tahun itu hanya mampu mencatatkan satu kemenangan, dua keputusan seri dan empat kekalahan.

Minggu lalu, Police Tero mengalami kekalahan keempat yang memilukan di tangan satu lagi pasukan bawahan liga, Trat FC dengan keputusan 4-2.

Advertisements

Dengan kekalahan itu, Police Tero kini jatuh ke tangga ke-16 liga dengan 24 mata setelah 26 perlawanan, manakala Trat FC pula naik satu anak tangga ke tempat ke-15 liga.

Advertisements

Tugas seterusnya buat anak didik Tan Cheng Hoe adalah berdepan pasukan pertengah liga, Chiangrai United pada 4 Mei di laman sendiri.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram