Bekas ketua jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe kini secara rasmi diumum sebagai pengendali baharu kelab Liga 1 Thailand, Police Tero FC.
Perpisahan mengejut dengan The Red Giants berlaku apabila kelab mengumumkan bahawa khidmat jurulatih berusia 55 tahun itu ditamatkan atas persetujuan bersama.
Beliau memilih untuk membawa haluan baharu ke Liga Thailand dengan kelab yang mahu mendapatkan khidmatnya itu bersetuju untuk membayar pampasan kepada Selangor FC.
Menerusi satu pengumuman rasmi oleh Police Tero FC, bekas jurulatih kebangsaan itu bakal memperkuat pasukan Liga 1 Thailand itu.
Kehadiran Cheng Hoe dijangka untuk mengubah nasib pasukan yang kini menghuni dasar Liga Thailand.
Kehadiran Cheng Hoe ke Police Tero juga menyaksikan pengendali terdahulu, Worrawoot Srimaka akan dilantik sebagai pengarah teknikal pasukan.