Status Tan Cheng Hoe Berubah Dalam Tempoh Singkat
Liga Super
Selangor fc
Advertisements

Bekas jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe membuat satu keputusan yang mengejutkan penyokong ‘Gergasi Merah’ apabila meninggalkan Selangor walaupun masih mempunyai baki kontrak.

Keputusan yang menggemparkan arena bola sepak Malaysia itu turut mendapat perhatian beberapa laman sosial penyokong Selangor yang terkejut dengan apa yang dilakukan Cheng Hoe dalam tempoh yang singkat.

“Dalam tempoh lima hari saja. Macam-macam boleh jadi kan,” coret SpskOfficial di laman X.

Advertisements

Beberapa hari yang lalu Makanbola telah melaporkan bahawa Cheng Hoe melaungkan keyakinan bahawa tidak sabar untuk memulakan saingan musim baharu bersama Selangor.

Namun begitu, keterujaan Cheng Hoe itu hanya kekal buat seketika apabila beliau melepaskan jawatan ketua jurulatih Selangor untuk melatih sebuah pasukan di Thailand.

Advertisements

Ketiadaan Cheng Hoe di Selangor akan diisi oleh pembantu jurulatih, Nidzam Jamil yang dilantik sebagai ketua jurulatih interim. Manakala ketua jurulatih yang baharu akan dilantik oleh pihak pengurusan Selangor dengan penuh penilitian.

Melalui laporan dari wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pasukan Police Tero FC dikatakan sebagai destinasi terbaru buat Cheng Hoe. Namun begitu, masih belum ada pengumuman rasmi berkenaan hal tersebut.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram