Tan Cheng Hoe Jelaskan Sebab Gugurkan Fayadh Zulkifli Daripada Senarai Akhir Ke Singapura
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Jurulatih pasukan Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe baru-baru ini telah pun menjelaskan sebab beliau terpaksa menggugurkan pemain sayap pasukan Kedah Darul Aman FC, Fayadh Zulkifli daripada senarai akhir 24 orang pemain yang dibawa ke Singapura kali ini.

Pemain muda berbakat ini gagal menambat hati ketua jurulatih Malaysia ini selepas nama-nama seperti Safawi Rasid, Akhyar Rasid, Faisal Halim dan juga Arif Aiman dilihat terus menjadi sandaran pasukan menjelang pertemuan kumpulan B Piala AFF kali ini.

Pengendali berusia 53 tahun itu menegaskan, keputusan yang telah pun dibuat untuk menggugurkan pemain sayap berusia 23 tahun itu dinilai dari aspek pengalaman dan kesediaan pemain itu sendiri untuk membawa cabaran negara memandangkan ianya pentas ujian yang cukup besar.

Advertisements

Menurut laporan oleh BERNAMA, beliau juga mahu Fayadh menunjukkan aksi yang lebih memberangsangkan terutamanya dalam saingan liga sambil berharap agar pemain muda ini dapat meningkatkan mutu persembahannya bagi mendapat tempat dalam pasukan kebangsaan.

Sebelum ini, Cheng Hoe telah pun kehilangan empat pemain yang terpilih dalam senarai awal 28 pemain apabila dua tonggak tengah Kuala Lumpur City FC Kenny Pallraj dan Muhammad Akram Mahinan dilaporkan cedera pada perlawanan akhir sementara penyerang PJ City, Darren Lok serta pemain naturalisasi Mohamadou Sumareh turut disisihkan akibat kecederaan.

Pasukan negara bakal memulakan kempen pada Isnin ini apabila dijadualkan menentang Kemboja pada jam 5 petang waktu tempatan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram