Tan Cheng Hoe: Kami Perlu Ada Ramai Pemain Berkualiti
Dunia
Azri/MakanBola
Advertisements

Pasukan-pasukan Liga Super bersedia dan sambut baik perubahan kalendar liga untuk musim 2023 dengan menyediakan skuad terbaik untuk sepanjang musim.

Berbanding musim lalu, musim baru ini menyaksikan liga berjalan dengan jumlah perlawanan yang banyak selain penambahan kejohanan-kejohanan baru.

Bagi pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe, beliau sambut baik cabaran baru ini dan akan memastikan para pemainnya bersedia sepanjang musim.

Advertisements

“Kalau kita lihat jadual yang telah dikeluarkan ini, saya rasa MFL (Malaysian Football League) telah melakukan kerja rumah yang terperinci supaya Liga Malaysia dapat dijalankan dengan lancar.

“Dan musim ini juga akan lebih panjang apabila kita akan tamat pada bulan Disember, jadi sudah tentu ini sesuatu yang positif kerana pemain-pemain akan dapat bermain sepanjang tahun.

“Saya juga rasa penyokong-penyokong sudah tahu dan waktu baharu ini juga fleksibel di mana saya rasa peranan sosial media pasukan juga penting untuk menjadi platform kepada peminat mengikuti perkembangan jadual pasukan ini.

Advertisements

“Yang penting saya harap semuanya akan dapat dijalankan dengan lebih baik di mana sudah tentu perlawanan lebih banyak, jadi kami sendiri perlu ada ramai pemain berkualiti selain kita tahu Selangor juga ada ramai pemain-pemain untuk skuad kebangsaan”, jelasnya.

Bahkan, dengan adanya waktu sepak mula baharu juga akan memberikan kelainan kepada setiap pasukan untuk menarik lebih ramai penyokong hadir menyaksikan perlawanan menyaksikan Selangor juga akan mempunyai satu perlawanan di sebelah petang (5.30 petang) untuk aksi ketiga Liga Super.

Bagi ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee pula menganggap kembalinya Challenge Cup yang diberi nama MFL Challenge Cup pada musim ini adalah langkah yang sangat baik untuk memastikan kecergasan pemain-pemain tidak terjejas sekiranya pasukan tersingkir awal di pentas Piala Malaysia.

Advertisements

Dan dalam masa sama, beliau juga akan dapat memberikan tumpuan kepada semua pemain yang ada untuk diturunkan beraksi dan bukan hanya mengutamakan barisan kesebelasan utama sahaja bagi memastikan mereka mampu bersaing sehingga penghujung musim tanpa diketepikan.

“Satu usaha yang cukup baik kerana apabila ada pasukan yang tidak layak ke peringkat seterusnya, mereka masih ada lagi perlawanan kompetitif untuk diharungi.

“Penting untuk setiap pemain berada dalam tahap kecergasan yang baik kerana kemungkinan pemain-pemain ini ada yang akan beraksi dalam skuad kebangsaan, jadi mereka boleh sentiasa mengekalkan kecergasan masing-masing.

Advertisements

“Keseluruhan, saya rasa kalendar musim ini amat berbeza dan cabarannya adalah untuk kita memastikan pemain-pemain semua cukup cergas dan ini menandakan kita tidak boleh hanya mengharapkan beberapa pemain atau kesebelasan utama sahaja, tetapi kena memberi tumpuan kepada semua yang ada dalam pasukan”, katanya.

Sementara itu, Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2023 akan membuka tirai pertandingan Liga Super pada 24 Februari depan menyaksikan pungutan mata perlawanan akan dikira sebagai mata di dalam Liga Super.

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner menganggap perlawanan Sumbangsih ini akan menjadi aksi pembukaan yang cukup penting untuk mereka mengharungi perlawanan sengit menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ismail.

“Perlawanan yang cukup penting pada 24 Februari ini dan ini menjadi tugas saya untuk memastikan pasukan dapat pergi ke sana memberikan segalanya untuk mungkin memberikan kejutan.

“Sudah tentu ianya tidak akan mudah sebab kita akan berdepan tiga perlawanan pertama yang sengit menentang JDT, Kedah dan Kuala Lumpur, tetapi kita akan fokus kepada latihan pra-musim ini untuk kita melengkapkan kesebelasan utama terbaik kali ini.

“Yang penting adalah bagaimana kita boleh melakukan pertukaran pemain yang berkualiti dalam setiap perlawanan dan itu yang kita kena merancang untuk memastikan mereka mampu memberikan terbaik”, katanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram