Tan Cheng Hoe: Kita Memang Kesuntukan Masa
MakanBola
FAM
Sponsors

Dalam satu temubual bersama Astro Arena, bekas pengendali kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah tampil memberi komentar berkenaan persediaan skuad negara yang dilihat agak tempang ketika menyertai kejohanan Piala AFF 2020 tempoh hari.

Tan Cheng Hoe menyatakan skuad kebangsaan memang kesuntukan waktu untuk membuat perancangan yang menyeluruh dan tidak seperti negara lain antaranya Thailand, Indonesia, Singapura dan Vietnam yang ada kelebihan. Ini kerana pasukan-pasukan ini mempunyai satu persediaan yang cukup rapi untuk beraksi.

Ad
Sponsors

“Kita memang kesuntukan masa untuk membuat persiapan berbanding dengan pasukan lain, mereka mempunyai satu persediaan yang terbaik menghadapi kempen Piala AFF,” katanya.

Ad

Pengendali yang berusia 53 tahun ini turut mengakui bahawa banyak perkara yang tidak dapat dielakkan. Antaranya adalah kerana Covid-19 yang melanda dunia ketika ini menyebabkan persediaan skuad negara untuk mempersiapkan diri lebih awal tergugat.

“Saya tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana ini disebabkan covid-19 kita terpaksa ubah jadual perlawanan di Liga Malaysia, sedikit sebanyak ia menjejaskan persiapan pasukan,” jelasnya.

Ad

Untuk rekod, pada kebiasaannya sebelum menyertai kejohanan besar, Cheng Hoe pasti akan mengatur satu atau dua perlawanan persahabatan sebagai sesi panas badan sebelum skuad negara masuk ke pentas yang sebenar.

Ad