Tan Cheng Hoe: Kita Perlukan Beberapa Pemain Utama, Terutama Dari JDT
Dunia
Football Association of Malaysia
Advertisements

Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui bahawa skuad kebangsaan ketika ini masih menagih kudrat beberapa tonggak utama pasukan Johor Darul Ta’zim. Menurut Harian Metro, walaupun beberapa nama-nama pemain seperti Safawi, Corbin, dan Matthiew Davies tidak disenaraikan baru-baru ini namun khidmat mereka masih lagi ditagih pasukan.

Tan Cheng Hoe menganggap keupayaan beberapa pemain utama Harimau Malaya yang pernah dipanggil sebelum ini masih diperlukan pasukan bagi membentuk skuad yang lebih mantap.

“Kita memang memerlukan beberapa pemain utama yang pernah disenaraikan dalam skuad kebangsaan sebelum ini terutama dari JDT. Seperti sedia maklum sudah mengetahui keupayaan mereka pada aksi bersama skuad kebangsaan sebelum ini.”

Advertisements

Ketika dihubungi Arena Metro, bekas ketua jurulatih Kedah itu memaklumkan bahawa tidak akan ada lagi muka-muka baharu yang dipanggil ke dalam skuad pada saat akhir memandangkan saingan Piala AFF Suzuki akan berlangsung tidak lama lagi.

“Malah, barisan kejurulatihan juga kemungkinan tidak akan memanggil lagi pemain baharu kerana sudah kesuntukan masa. Sekarang ini fokus adalah perbaiki kelemahan dan membentuk barisan pemain terbaik,” ujar Cheng Hoe.

Dalam pada itu, Tan Cheng Hoe menjelaskan bahawa para pemain kini sedang menjalani latihan dalam tempoh kuarantin yang berbaki. Proses post-mortem pasukan juga sedang giat dijalankan dalam usaha memastikan para pemain berada pada prestasi terbaik.

Advertisements

“Semua pemain masih lagi menjalani latihan dalam tempoh kuarantin kerana kita mahu menggunakan waktu yang ada ini untuk memperbaiki kelemahan dan memastikan mereka berada pada tahap optimum.”

Mengulas lanjut, TCH memaklumkan bahawa barisan kejurulatihan masih lagi belum mencapai kata sepakat untuk menyenaraikan nama akhir barisan pemain Harimau Malaya yang akan dibawa ke Singapura kelak.

“Berkaitan senarai akhir barisan pemain, setakat ini kita belum menentukannya lagi namun sudah tentu kita mahukan yang terbaik untuk pasukan kebangsaan.”

Advertisements

Skuad Harimau Malaya akan beraksi dalam kejohanan Piala AFF Suzuki yang berlangsung di Singapura pada bulan Disember depan sebelum mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2023 yang dijangka membuka tirai pada Februari tahun hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram