Advertisement
Tan Cheng Hoe Mahu Selangor Kekalkan Rekod Tanpa Bolos
Dunia
MakanBola
Selangor FC

Pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe sedar akan tugas getir menanti pasukan kendaliannya itu pada aksi suku akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan FC malam esok.

Ini kerana pasukan Negeri Sembilan mempunyai barisan pemain tempatan dan import yang berkualiti. Antara pemain yang menjadi tumpuan Cheng Hoe adalah dua pemain import iaitu Gustavo dan Matheus Alves yang disifatkan sangat merbahaya dan mampu mendatangkan masalah buat Selangor.

Namun begitu, beliau berharap Selangor akan mengekalkan rekod tanpa bolos dalam saingan Piala Malaysia selepas berjaya membenam Kelantan United dengan agregat 3-0 pada pusingan 16 terakhir tempoh hari.

“Mereka mempunyai pemain-pemain yang laju dan merbahaya seperti Alves dan Gustavo yang sememangnya ‘berbahaya’. Kita akan cuba yang terbaik untuk mengekalkan rekod clean sheet.

“Memang kalau kita lihat Negeri Sembilan mempunyai kekuatan dari segi pemain mereka termasuk Syihan (Syihan Hazmi) dan Jimmy (Khuzaimi Piee) nampak begitu menyerlah. Kalau kita lihat pusingan pertama mereka menjaringkan gol. Mereka mempunyai strategi terbaik untuk pasukan mereka,” ujarnya Cheng Hoe kepada Flash Sukan.

Cheng Hoe berharap para pemain Selangor dapat mengelakkan daripada membuat kesalahan yang akan membawa pada kepada pasukan.

“Dalam bola sepak kita tidak boleh mengelakkan pasukan lawan untuk tidak mendapatkan set pieces. Namun kita harus mengelakkan kesalahan di hadapan gol serta sepakan penjuru. Dari segi taktikal, kami perlu mengawasi setiap pergerakan mereka,” katanya lagi.

Selangor akan bertemu Negeri Sembilan di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam esok (Ahad) sebelum aksi timbal balik di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 12 November depan.