Tan Cheng Hoe Tidak Berteka-Teki Mengenai Masa Depan Luqman Hakim
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dalam satu temubual dilihat menzahirkan rasa berpuas hati mengenai prestasi yang ditunjukkan oleh penyerang muda negara, Luqman Hakim Samsudin dalam dua perlawanan persahabatan baru- baru ini.

Dalam perlawanan menentang Uzbekistan, jurulatih berusia 53 tahun itu meletakkan keyakinan yang tinggi apabila membuat keputusan untuk mempertaruhkan Luqman mengetuai jentera serangan pasukan.

Sungguhpun tidak menjaringkan gol pada perlawanan tersebut, Cheng Hoe nyata berpuas hati dengan komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pemain yang berkelana di Belgium ini sambil optimis pemain itu sudah mula mendapat keyakinan bersama pasukan negara.

Advertisements

‘Kita lihat beliau sudah mula ada keyakinan untuk memegang bola dan membuatkan pertahanan lawan dalam situasi kelam-kabut.’

Selain itu, pemain berusia 19 tahun itu juga sempat beraksi sehingga 60 minit pada perlawanan tersebut termasuklah terlibat dalam gerakan yang membawa kepada jaringan tunggal pasukan negara yang disempurnakan oleh pemain tengah berpengalaman, Baddrol Bakhtiar.

Sambil itu, Cheng Hoe menjelaskan bahawa beliau sudah mula melihat masa depan Luqman untuk berada dalam skuad senior terutamanya menjelang kejohanan Piala Suzuki AFF yang bakal berlangsung di Singapura pada Disember ini.

Advertisements

‘Kita dapat lihat bahawa dia (Luqman) ada masa depan yang baik,’-Jelas beliau kepada Astro Arena.

Dengan ketiadaan penyerang seperti Shahrel Fikri yang masih dalam proses pemulihan, kudrat Luqman pastinya terus ditagih untuk memastikan bahawa pasukan negara melalui kempen yang cemerlang pada kejohanan yang mendatang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram