Tan Cheng Hoe Pantau Situasi Penyerang Negara
Dunia
Instagram: @famalaysia
Advertisements

Pengendali pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengingatkan para pemain tempatan untuk kekal bersedia dan bersaing dengan para pemain import untuk memperoleh minit permainan di kelab.

Bukan itu sahaja, beliau ingin melihat para pemain negara berusaha sehabis mungkin untuk menjaringkan gol meskipun rata-rata penyerang yang digunakan oleh pasukan adalah pemain asing.

Tambah pengendali berusia 53 tahun itu, kehadiran para pemain import terutamanya di barisan serangan telah memberi kesan kepada prestasi penyerang tempatan sekaligus memberi kerisauan kepada pengendali tersebut.

Advertisements

Beliau juga tidak menafikan kebimbangan dengan situasi penyerang negara ketika ini namun kekal percaya mereka perlu meneruskan usaha dan kekal memberikan yang terbaik dalam latihan.

‘Memang ada rasa bimbang juga bila nampak tak banyak penyerang tempatan mampu jaringkan gol. Sebagai jurulatih, nasihat saya kepada pemain tempatan adalah sentiasa bekerja keras ketika sesi latihan dan bersedia daripada segi fizikal dan mental.’

‘Pemilihan pemain tempatan untuk diturunkan adalah terpulang kepada jurulatih kelab masing-masing. Sebagai jurulatih skuad kebangsaan, saya tak boleh mencampuri hal pengurusan kelab,’ Jelas Cheng Hoe kepada Arena Metro.

Advertisements

Sungguhpun situasi yang melanda barisan serangan merisaukan, namun beliau tetap mengambil kira prestasi pemain yang beraksi di posisi lain memandangkan kesemua posisi perlu dilengkapkan dengan pemain dengan prestasi terbaik.

‘Saya faham ramai yang mengatakan kelemahan utama kita (Harimau Malaya) adalah di bahagian serangan. Tapi saya juga ambil berat prestasi pemain tempatan di bahagian lain seperti pertahanan.’

‘Dalam bola sepak kita memerlukan semua posisi yang seimbang, tak boleh harapkan bahagian serangan sahaja,’

Advertisements

Jika dilihat kepada rekod jaringan musim ini, pemain tempatan yang menjaringkan gol terbanyak ialah pemain tengah Kedah Darul Aman FC, Baddrol Bakhtiar dengan 6 gol diikuti dengan pemain sayap muda Terengganu FC, Hakimi Abdullah.

Selain itu, penyerang naturalisasi negara, Guilherme de Paula menjadi penyerang tempatan terbanyak menjaringkan gol sungguhpun hanya mampu mencetak empat gol setakat ini.

Ketika ini, antara penyerang yang kerap dipanggil Cheng Hoe seperti Syafiq Ahmad tidak mendapat minit permainan secukupnya bersama pasukan dan juga Shahrel Fikri yang baru pulih daripada kecederaan

Advertisements

Situasi ini sekali gus menceritakan permasalahan yang melanda jentera serangan skuad Harimau Malaya apabila pemain terbabit dipanggil beraksi di pentas antarabangsa.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram