Tan Cheng Hoe Puas Hati, Puji Pengganti Ayron Del Valle
Transfer
Selangor FC
Advertisements

Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe akhirnya boleh menarik nafas lega apabila Selangor berjaya membawa masuk Ronnie Fernandez sebagai penyerang utama pasukan untuk musim baharu.

Terdahulu, Selangor dilihat agak pincang menjelang musim baharu selepas kehilangan dua penyerang berbisa pasukan iaitu Ayron Del Valle dan Richmond Boakye-Yiadom yang tidak disambung kontrak.

Cheng Hoe berpendapat kehadiran Ronnie adalah untuk memperbaiki kelemahan bahagian serangan yang dihadapi mereka musim lalu.

Advertisements

“Ronnie mampu menjaringkan gol terutamanya bila berada di dalam kotak (penalti). Beliau mempunyai pengalaman bermain di beberapa negara sebagai ‘target man’ dalam kariernya, ini akan melonjakkan kekuatan pasukan.

“Saya berharap Ronnie cepat menyesuaikan diri dengan para pemain dan menyelesaikan masalah di bahagian serangan pada musim lalu,” ujar Cheng Hoe seperti dilaporkan di laman web rasmi pasukan.

Advertisements

Musim 2023 menyaksikan Ronnie beraksi untuk Bolivar La Paz. Beliau telah menjaringkan 18 gol daripada 26 perlawanan, membantu pasukannya memenangi Copa de la División Professional dan menduduki tempat kedua di Primera División 2023.

Selain itu, Ronnie juga pernah menyarung jersi negara kelahirannya, Chile, dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia Kumpulan A benua Amerika Selatan menentang Uruguay dan Brazil pada Mac 2022.

Advertisements

Selain Ronnie, Selangor juga telah membawa masuk dua lagi pemain import baharu iaitu pemain pertahanan Uzbekistan, Umarbek Eshmurodov dan pemain sayap Cape Verde, Alvin Fortes.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram