Tan Cheng Hoe Bangga Dengan Aksi Pemain Sedia Ada
Dunia
Selangor fc
Advertisements

Jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe mengakui gembira dengan persembahan yang dipamerkan oleh barisan pemain yang sedia ada sehingga ke tahap ini. 

Jurulatih berusia 50 tahun itu turut memuji karakter dan mentaliti yang dipamerkan setiap pemain meskipun ketinggalan jaringan dan layangan kad merah terhadap pertahanan Selangor, Yazan Al-Arab.

“Persembahan terbaik daripada barisan pemain terutamanya apabila kad merah dilayangkan kepada Yazan Al-Arab. 

Advertisements

“Disitu kita nampak, para pemain menunjukkan karakter dan mentaliti luar biasa daripada pemain yang tidak membenarkan sebarang jaringan selepas Terengganu dapat satu gol. 

Beliau sangat berpuas hati dengan semua pemain yang mampu mengekalkan konsistensi permainan dan berjaya mengawal emosi dengan baik walaupun pemain dikekang hebat oleh pihak lawan. 

“Saya bangga dengan pemain pemain yang sedia ada kerana mereka juga berjuang habis habisan sehingga minit terakhir. 

Advertisements

“Pemain mampu kawal emosi dengan baik meskipun masa tambahan agak lama,” katanya dalam sidang media selepas tamat perlawanan. 

Perlawanan akhir Piala Malaysia menyaksikan pertembungan diantara Selangor menentang Johor Darul Ta’zim pada 26 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram