Tan Cheng Hoe Sertai Selangor?
Dunia
How Foo Yeen / Getty Images
Advertisements

Bekas pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dikhabarkan bakal menyertai sebuah kelab Liga Super yang berpangkalan di Lembah Klang.

Selepas Tan Cheng Hoe menikmati musim indah bersama Harimau Malaya sejak Disember 2017 hingga Disember 2021, tugas beliau telah diserahkan kepada pengendali baharu dari Korea Selatan, Kim Pan-gon bagi membimbing Harimau Malaya.

Kini beliau dikatakan bakal kembali sebagai ketua jurulatih dalam saingan Liga Super. Banyak desas desus yang berlegar di media sosial yang mengaitkan pengendali berusia 54 tahun ini ke pasukan Selangor FC.

Advertisements

Selepas prestasi merudum pasukan Selangor di bawah kendalian Michael Feichtenbeiner, rata-rata peminat dan penyokong tegar The Red Giant mahukan perubahan di bawah kendalian jurulatih baharu.

Khidmat Tan Cheng Hoe pasti akan terus dipancing mana-mana pasukan yang mahukan idea serta pengalaman luas yang dimilikinya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram