Jurulatih interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sudah meramalkan taktikal yang bakal digunakan oleh Vietnam bagi aksi malam ini.
Aksi timbal balik kedua antara Vietnam vs Malaysia menyaksikan Pahlawan Bintang Emas menundukkan Harimau Malaya dengan keputusan 2-0 dan secara agregat 4-0 hasil tiga jaringan penyerang naturalisasi, Nguyen Xuan Son (Rafaelson) & gol sendiri Faris Danish bagi kedua-dua perlawanan separuh akhir.
Kemenangan itu turut melebarkan rekod tanpa kalah Vietnam di bawah bimbingan Kim Sang-sik kepada 25 perlawanan, sekali gus memastikan tempat ke pentas final menjadi milik mereka dan dijadualkan bertemu Thailand.
Menurut Tan Cheng Hoe, beliau sudah meramalkan bahawa jurulatih Vietnam bakal membuat pertukaran pemain berdasarkan aksi-aksi terdahulu sekali gus mengubah keputusan perlawanan.
“Mengenai strategi Vietnam yang kita lihat dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini, saya rasa jurulatih Pahlawan Bintang Emas memang melakukan rotasi pemain.”
“Kami menjangkakan mereka akan merehatkan beberapa pemain utama. Kemudian pada separuh masa kedua, mereka memasukkan pemain-pemain utama tersebut untuk mengubah rentak dan keputusan perlawanan,” ujar Tan Cheng Hoe ketika sesi sidang media selepas aksi bertemu Vietnam.
Rafaelson dimasukkan pada babak kedua pada minit ke-59 bagi menggantikan Nguyen Hai Long dan hanya memerlukan 3 minit untuk merobek gawang Harimau Malaya sebelum meledak gol kedua pada penghujung masa perlawanan.
Kini, Nguyen Xuan Son mendahului senarai penjaring terbanyak Piala Hyundai ASEAN 2026 bersama-sama satu lagi pemain Vietnam, Nguyen Dinh Bac dengan merekodkan 5 gol.
Pentas final Piala Hyundai ASEAN 2026 antara Vietnam & Thailand bakal berlangsung pada 22 & 26 Ogos ini di Bangkok terlebih dahulu sebelum aksi kedua di Hanoi.