Tan Cheng Hoe Yakin Kudrat 3 Pertahanan Tengah Mampu Kekang Jordan dan Uzbekistan
Dunia
Astro Arena
Advertisements

Jurulatih pasukan Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe melaungkan keyakinan untuk melihat pasukannya menampilkan aksi yang terbaik ketika berdepan cabaran Jordan yang dijadualkan berlangsung esok pada jam 11 malam waktu tempatan.

Menurut kenyataan jurulatih berusia 53 tahun itu, kesemua pemain yang dipanggil telah menunjukkan semangat dan juga komitmen yang baik sepanjang latihan dijalankan. Malah, beliau percaya kombinasi pemain baharu dan juga pemain senior dapat menjelmakan sesuatu di atas padang nanti.

Ketika ditanya mengenai percaturannya bagi menentang lawan yang agak kuat buat pasukan negara, sambil mempunyai hanya 3 orang pemain pertahanan tengah dalam 2 perlawanan menentang Jordan dan Uzbekistan, beliau optimis mereka tidak akan berdepan sebarang masalah.

Advertisements

‘Kita tahu bahawa ketika ini kita hanya mempunyai 3 orang pertahanan tengah sahaja.’

‘Namun begitu, kita yakin ketiga-tiga pemain dapat memberikan aksi yang terbaik.’

Skuad Harimau Malaya ketika ini hanya dibarisi oleh kapten pasukan, Aidil Zafuan Abd Razak, pertahanan tengah pasukan KL City FC, Irfan Zakaria dan seorang lagi pertahanan tengah yang berkelana di Thailand iaitu Dominic Tan.

Advertisements

Sungguhpun begitu, beliau tetap percaya bahawa kudrat Aidil Zafuan yang sarat dengan pengalaman di peringkat antarabangsa yang bakal menjadi senjata utama bagi mengekang asakan lawan.

Selain itu, pertahanan seperti Irfan Zakaria yang telah berada dalam pasukan sejak Piala Suzuki AFF pada tahun 2018 di samping Dominic juga merupakan antara pertahanan yang sudah biasa dipanggil bagi tugas negara.

‘Kita juga mempunyai ‘standby list’ yang memungkinkan kita untuk meletakkan mereka beraksi di pertahanan tengah,’-Jelasnya kepada Astro Arena.

Advertisements

Aidil selaku pertahanan tengah paling berpengalaman negara pula merasakan bahawa kekurangan pertahanan tengah tidak menjadi satu masalah untuk mereka bertiga menggalas tanggungjawab tersebut.

‘Sekiranya kami tidak mengalami apa-apa kecederaan, kita akan terus memberikan yang terbaik.’

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram