Dunia
BG Pathum United
Advertisements

Pertahanan tengah BG Pathum United, Irfan Fandi Ahmad kini menjadi pemain bola sepak Singapura yang merekodkan nilai pasaran tertinggi.

Pemain yang sedang berkelana di bumi Thailand ini telah menunjukkan persembahan mantap dan sering menjadi taruhan utama dalam kesebelasan utama pasukan. Anak kepada lagenda Fandi Ahmad ini juga menjadi antara sosok individu yang menjadi tulang belakang pasukan kebangsaan Singapura.

Jika disemak di laman sesawang Transfermarkt.com, nilai Irfan Fandi kini telah mencecah 350,000 Euro bersamaan RM 1.6 Juta. Nilai pemain ini meningkat dimana sebelum ini pada 25 Januari 2021, nilai Irfan ialah 250,000 Euro iaitu bersamaan RM 1.19 Juta.

Advertisements

Peningkatan nilai Irfan ini juga bertitik tolak daripada konsistensi dan aksi bermutu beliau dalam kejohanan AFF Suzuki 2020 tahun lepas.

Pemain yang berusia 24 tahun ini kini mengungguli carta ‘Most Valuable Singapore Players’ dengan nilai pasaran tertinggi diikuti Hariss Harun di kedudukan kedua dan adiknya, Ikhsan Fandi di kedudukan ketiga.

Advertisements
1C9DFA8A B172 4D6C 835B 3F81C1B5C587 Tanda Harga Irfan Fandi Ada Bau-Bau 'Pisang Goreng Panas'
Transfermarkt.com

Aksi berkualiti yang ditampilkan Irfan dalam saingan Liga Thai ketika ini sentiasa mendapat perhatian. Setakat 20 penampilan pada musim ini, beliau berjaya menempatkan BG Pathum United di kedudukan kedua dalam liga dengan satu bantuan gol berjaya Irfan hasilkan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram