Tano Solari Akhirnya Buka Mulut Tentang Radamel Falcao Ke JDT
Liga Super
Makanbola/Rayo V
Advertisements

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari akhirnya memberi jawapan mengenai kemungkinan penyerang berbisa Colombia, Radamel Falcao ke kelab tersebut.

Berita mengenai perpindahan pemain berusia 37 tahun itu kembali hangat diperkatakan selepas beberapa laporan daripada akhbar Sepanyol seperti Marca dan media Eropah lain yang telah mengesahkan perkara ini.

JDT dilihat sedang bersaing untuk mendapatkan tandatangan bekas bintang Atletico Madrid ini setelah melakukan beberapa kali percubaan sebelum ini.

Advertisements

Perkara ini sudah tentu mendapat perhatian pengendali kelahiran Argentina itu sambil tidak menolak kemungkinan perpindahan ini terjadi.

“Kita tahu terdapat banyak kemungkinan tentang perkara ini (perpindahan Falcao) dan ini merupakan satu perkara yang bos kami (TMJ) sedang usahakan.”

Advertisements

“Saya tidak boleh berkata banyak tetapi kelab besar seperti JDT tahu ada ruang kemungkinan perkara ini terjadi tetapi hanya bos (TMJ) yang akan menentukan perkara ini,” jelasnya.

Pengendali berusia 43 tahun ini juga memuji impak yang dibawa oleh para pemain baharunya seperti Endrick Dos Santos dan juga Oscar Arribas yang segera menyesuaikan diri untuk beraksi bersama pasukan.

Advertisements

JDT berjaya menundukkan KL City 3-0 di Stadium Cheras semalam dan kini berada pada tangga ke-2 Liga Super.

Aksi seterusnya akan melibatkan pertemuan JDT menentang Negeri Sembilan yang berlangsung di Stadium Paroi Ahad depan.

Advertisements

Video penuh: Youtube MakanBola

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram