Tano Solari Akui Ubah Posisi Arif Aiman Sebagai Penyerang ‘Baharu’ JDT
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari menjelaskan tentang peranan baharu pemain sayap pasukan, Arif Aiman Hanapi dalam sistem yang cuba diterapkannya.

Beliau sejurus tamat perlawanan menjelaskan bahawa sememangnya terdapat perubahan posisi yang dilakukan terhadap bintang sensasi pasukan tersebut.

Perubahan ini dikesan disebabkan pemain bertubuh kecil ini lebih kerap berada dalam kotak penalti pada babak kedua permainan berbanding memainkan peranan sebagai pemain sayap seperti kebiasaan.

Advertisements

“Ya Arif merupakan pemain yang sangat baik. Beliau ada potensi yang besar untuk terus berkembang.”

“Perubahan posisi Arif disebabkan saya mahu beliau terus berkembang dan beliau juga boleh beraksi sama ada di bahagian kanan, tengah dan juga sayap kiri,” jelasnya kepada MakanBola.

Perkara ini jelas memberi impak kepada jentera serangan pasukan apabila mereka berjaya meledak 4 gol pada babak kedua menentang Selangor sekaligus meleburkan rekod tanpa kalah anak didik Tan Cheng Hoe.

Advertisements

Revolusi Arif juga telah menutup kehilangan Bergson di samping kecemerlangan Diogo telah membantu JDT mengekalkan rekod tanpa kalah pasukan.

Gol JDT dijaringkan Juan Muniz, Diogo dan dua jaringan Fernando Forestieri menghadiahkan 3 mata di tempat lawan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram